- Perjumpaan pada minggu ini ditangguhkan sempena Hari Raya Aidil Adha 1437H.
Monday, 26 September 2016
PERJUMPAAN KEDUA
Tuesday, 20 September 2016
PERJUMPAAN PERTAMA (5 SEPTEMBER 2016)
Ini merupakan subjek luar Jabatan Sains dan Matematik pertama yang saya ambil sepanjang pengajian. Keinginan untuk mempelajari ilmu di luar 'kebiasaan', dengan harapan boleh menambah baik teknik pengajaran serta menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik mendorong saya untuk mendaftar subjek ini. Kehadiran saya dan 3 orang rakan (juga di bidang Sains dan Matematik) disambut baik oleh pensyarah subjek ini iaitu Dr Shaharuddin bin Md Salleh.
Setelah Dr. menerangkan course outline, Dr. menayangkan sebuah dari youtube berkaitan animasi. Berdasarkan video tersebut, kami dikehendaki memberi maksud animasi. Menurut kefahaman saya melalui penerangan Dr. dan tayangan video, animasi ialah suatu imej yang statik, dimainkan secara laju dan menghasilkan ilusi pergerakan. Untuk menghasilkan animasi berdurasi 1 saat, ianya memerlukan 24 frame.
Sebelum tamat kelas, Dr. memesan pada kami untuk melihat bagaimana untuk menggunakan Toon Boom Harmony. Berikut merupakan salah satu video yang diambil dari You Tube.
https://www.youtube.com/watch?v=MI65MRdKfIY
Subscribe to:
Posts (Atom)